Browse Our Astrological Reports

JENAYAH & KEMALANGAN

Utusan Malaysia 11 Mei 2001

Hasrat wanita mahu bernikah rakan sejenis berjaya dihalang

KUALA SELANGOR 10 Mei - Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Selangor berjaya menghalang cubaan seorang wanita menyamar sebagai lelaki yang hendak berkahwin dengan seorang wanita lain di Bukit Hijau, Sungai Buloh dekat sini minggu lalu.

Sumber memberitahu, tindakan wanita yang berusia 20-an itu dikesan sehari selepas majlis pertunangan diadakan di rumah mangsa di Bukit Hijau.

Majlis pertunangan yang diadakan pada 30 April lalu itu diuruskan oleh orang tengah dan pihak wanita pada mulanya tidak mengesyaki sebarang kelainan pada `lelaki' tersebut.

Ekoran itu, pihak keluarga wanita itu telah menerima pinangan `lelaki' berkenaan termasuk hantaran cincin pertunangan.

Menurut sumber, bagaimanapun beberapa penduduk kampung telah mengesyaki dan rasa sangsi dengan `lelaki' tersebut lalu mengadukan perkara itu kepada Pejabat Agama Islam daerah.

Sehari selepas peminangan itu, anggota-anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kuala Selangor telah menahan dan menyoal siasat `lelaki' tersebut yang dipercayai berasal dari Assam Jawa di sini.

``Setelah disoal siasat, akhirnya `lelaki' berkenaan mengakui dirinya adalah seorang wanita,'' kata sumber itu.

Sehubungan itu, anggota-anggota penguat kuasa telah merampas kemaluan palsu dari `lelaki' tersebut dan cincin pertunangan.

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | khas | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi | umum