Make your own free website on Tripod.com

JENAYAH & KEMALANGAN

Berita Harian 10 April 2001

Pesawat latihanTUDM terhempas



ANGGOTA pasukan penyelamat berusaha mengeluarkan bangkai pesawat latihan TUDM,
Pilatus PC7 yang terbenam selepas terhempas di tengah sawah
di Kampung Kepala Parit Dalam, Tokai, Pendang dekat
Alor Star, semalam.



ALOR STAR, Selasa Sebuah pesawat latihan Kolej Tentera Udara (KTU) berpangkalan di kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kepala Batas, terhempas di tengah sawah di Kampung Kepala Parit Dalam, Tokai, Pendang, hari ini.

Bahagian depan pesawat jenis Pilatus PC7 itu terbenam dalam sawah yang dipenuhi air sedalam kira-kira 0.15 meter. Bahagian lain seperti kipas, sayap, badan dan ekor berkecai serta bertaburan dalam lingkungan 40 meter.

Bagaimanapun, nasib juruterbang pesawat itu, dipercayai berpangkat Leftenan Muda, belum diketahui. Kejadian itu berlaku kira-kira jam 3.45 petang dalam keadaan cuaca yang cerah.

Hingga lewat petang ini, pasukan penyelamat daripada TUDM, polis, bomba, Jabatan Penerbangan Awam dan Jabatan Pertahanan Awam masih menjalankan gerakan mencari dan memeriksa bangkai pesawat.

Mereka juga melakukan kerja menggali kawasan tempat pesawat itu terbenam dengan bantuan penduduk yang menyuluh menggunakan lampu jentera pembajak.

TUDM terpaksa menggunakan helikoper untuk menurunkan anggota penyelamat dari udara kerana pesawat tidak boleh mendarat di kawasan tanah sawah yang lembut dan berair itu.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Asisten Suprintendan Shamsuddin Mahmud, berkata polis, yang menerima panggilan seorang penduduk kampung segera menjalankan gerakan mencari dan menyelamat.

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi