Browse Our Astrological Reports

JENAYAH & KEMALANGAN

Utusan Malaysia 15 Mei 2001

Kerajaan setuju cadangan haramkan pokok ketum

KUALA TERENGGANU 14 Mei - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersetuju dengan cadangan Polis Terengganu supaya mengharamkan penanaman pokok ketum dan penggunaan daunnya yang dijadikan bahan gantian dadah.

Timbalan Perdana Menteri berkata, tumbuhan itu yang mungkin boleh dianggap pokok beracun perlu dimusnahkan sekiranya ia memberi kesan negatif yang memudaratkan kesihatan.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak-pihak tertentu termasuk Kementerian Kesihatan membuat kajian segera mengenai pokok berkenaan dan memberi penjelasan menyeluruh mengenai bahaya pokok itu.

``Elok bagi kita untuk pastikan supaya ia akhirnya dapat diwartakan sebagai bahan larangan,'' katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan para pegawai kerajaan di Hotel Grand Continental di sini hari ini.

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | khas | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi | umum