Free Mailing List for Your Website!

KHAS

Utusan Malaysia 31 Mei 2001

Pasukan Menyelamat Skim Anuiti mahu bertemu KWSP

KUALA LUMPUR 30 Mei - Pasukan Menyelamat Skim Anuiti akan mengadakan pertemuan dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi menyatakan pandangan mereka supaya skim itu diteruskan.

Pengerusinya, Gunaraj George berkata, ini merupakan langkah susulan pasukan tersebut selepas menyerahkan memorandum mengandungi 100,000 tanda tangan pencarum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, semalam.

Menurut beliau, pertemuan tersebut dijangka diadakan selewat-lewatnya minggu depan.

``Kita merasakan KWSP patut mendengar pandangan daripada pasukan ini seperti KWSP telah mendengar pandangan daripada Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC),'' katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan susulan pasukan itu selepas berjaya menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri bagi mendesak supaya skim diteruskan semula setelah ditangguhkan sejak awal bulan ini.

Menurut Gunaraj, pada pertemuan itu nanti pihaknya juga akan mengadakan perbincangan bersama perunding yang telah dilantik oleh KWSP.

Mengenai pertemuan dengan MTUC, beliau berkata, pada dasarnya pertemuan tersebut tidak perlu diadakan kerana MTUC bukan pihak yang boleh menyelesaikan masalah ini.

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | khas | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi | umum