Free Mailing List for Your Website!

KHAS

Utusan Malaysia 22 Mei 2001

Industri perisian negara rugi RM319 juta

KUALA LUMPUR 21 Mei - Kajian Pencabulan Harta Intelek 2000 yang dikeluarkan oleh gabungan syarikat-syarikat perisian dan Internet dunia, Business Sofware Alliance (BSA), menunjukkan industri perisian negara ini mengalami kerugian sebanyak RM319 juta pada tahun 1999 akibat cetak rompak.

Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak enam peratus atau RM18 juta berbanding tahun 1998 apabila kerugian yang dicatat oleh industri negara pada ketika itu berjumlah RM301 juta.

Ini seterusnya meletakkan Malaysia di tangga pertama dari segi jumlah kerugian yang ditanggung akibat gejala cetak rompak berbanding negara ASEAN lain.

Dari segi, kadar cetak rompak pula, negara mencatat penurunan kepada kepada 71 peratus berbanding 73 peratus pada 1998.

Kadar tertinggi cetak rompak yang pernah dicatat oleh negara ialah 80 peratus pada tahun 1994.

Kadar tersebut kemudian menurun kepada 77 peratus pada 1995, sebelum naik semula pada tahun 1995 kepada 80 peratus.

Kajian yang dilakukan ke atas lebih 81 buah negara itu menunjukkan jumlah keseluruhan kerugian yang dialami oleh industri Internet dan perisian dunia berjumlah RM45.8 billion.

Jumlah kerugian terkumpul sejak lima tahun lalu pula berjumlah RM224.2 billion.

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | khas | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi | umum