Free Mailing List for Your Website!

KHAS

Utusan Malaysia 15 Jun 2001

Laporan Skim Anuiti siap bulan depan

KUALA LUMPUR 14 Jun - Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tan Sri Abdul Halim Ali berkata, laporan syarikat perunding mengenai pelaksanaan Skim Anuiti dijangka selesai bulan depan.

Menurut beliau, syarikat perunding berkenaan akan mengemukakan cadangan serta langkah-langkah yang perlu diambil oleh KWSP jika badan tersebut berhasrat untuk mengendalikan sendiri Skim Anuiti.

``Pihak perunding berkenaan dijangka dapat menyelesaikan laporan mereka pada Julai nanti,'' katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai hasil kajian syarikat perunding yang dilantik oleh kerajaan untuk mengkaji pelaksanaan Skim Anuiti.

Tambahnya, jika skim berkenaan diuruskan oleh KWSP ia akan melibatkan kos yang tinggi kerana melibatkan pertambahan kakitangan.

Ditanya mengenai laporan awal syarikat perunding tersebut, Abdul Halim memberitahu, pihaknya tidak boleh mendedahkannya sehingga kajian tersebut selesai.

Mengenai bantahan MTUC terhadap skim tersebut, katanya, berdasarkan minit mesyuarat dicatat dalam mesyuarat Lembaga Pengarah KWSP, MTUC bersetuju ia dijalankan oleh syarikat insurans.

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | khas | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi | umum