Free Mailing List for Your Website!

KHAS

Utusan Malaysia 15 Jun 2001

MTUC sedia hadapi tindakan undang-undang

KUALA LUMPUR 14 Jun - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bersedia menghadapi tindakan undang-undang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berhubung beberapa tuduhan yang dianggap keterlaluan terhadap agensi tersebut.

Presiden MTUC, Zainal Rampak berkata, KWSP berhak mengambil tindakan sedemikian ke atas MTUC jika merasakan tuduhan itu tidak benar.

``Bagaimanapun saya bersedia memberi penjelasan sekiranya diminta oleh KWSP mengenai kenyataan yang telah saya beri (sebelum ini),'' katanya ketika dihubungi di Geneva, Switzerland, malam ini.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi KWSP, Tan Sri Abdul Halim Ali hari ini bahawa badan itu menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap MTUC berhubung beberapa tuduhan antaranya tiga pegawai KWSP telah ditaja oleh syarikat insurans Skim Anuiti untuk ke luar negara.

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | khas | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi | umum