Make your own free website on Tripod.com

KOLUMNIS

Berita Harian 09 April 2001

Minda Pengarang: Di sebalik hukum haram diguna Pas


PAS terus mempermainkan perkataan haram untuk menagih sokongan rakyat apabila mendakwa pemberian wang ihsan daripada Kerajaan Pusat bagi menggantikan royalti sebagai haram. Perkataan haram bagaikan satu azimat bagi Pas bagi menakut-nakutkan rakyat, supaya tidak menerima peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Pusat, selain menerusi kerajaan negeri. Pemimpin Pas dikatakan menggunakan isu itu dalam ucapan mereka bagi mengelirukan rakyat bahawa wang yang diberikan terus oleh Kerajaan Pusat kepada agensi tertentu seperti Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung adalah haram, sebaliknya yang disalurkan melalui kerajaan negeri adalah halal.

Apa yang jelas Pas bimbang jika rakyat terus menerima wang daripada Kerajaan Pusat, sedangkan kerajaan negeri sendiri tidak mempunyai sumber mencukupi untuk membantu mereka. Oleh itu dengan menjadikan soal pemberian wang ihsan itu perkara haram, rakyat secara tidak langsung akan menolak pemberian terus daripada Kerajaan Pusat, kecuali yang disalurkan melalui kerajaan negeri. Kerajaan Pas Terengganu yang terdesak kerana menghadapi pelbagai masalah mahu mempolitikkan isu wang ihsan dengan menggunakan agama pula. Pas mahu rakyat percaya bahawa kerajaan negerilah yang membiayai bantuan untuk mereka, sedangkan hakikatnya wang itu datang dari Kerajaan Pusat.

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi