Make your own free website on Tripod.com

KOLUMNIS

Berita Harian 10 April 2001

Minda Pengarang: Melayu mungkin terpinggir jika pembangkang menang


Singapura tidak seharusnya melenting apabila keadaan orang Melayu di negara itu turut dikaitkan apabila Ketua Penerangan Umno, Datuk Mustapa Mohamad membandingkannya dengan suasana politik di negara ini. Konteks kenyataan Mustapaa adalah selari dengan kenyataan pemimpin Singapura yang sebelum ini turut membandingkan keadaan orang Melayu republik itu dengan orang Melayu di Malaysia. Orang Melayu di Malaysia harus mengambil iktibar daripada apa yang di alami Melayu di Singapura. Kalau tidak berhati-hati dan salah langkah memasuki perangkap laungan “meritokrasi” di atas landasan tidak seimbang itulah nasib menanti mereka.

Mustapa mempersoalkan gagasan “Malaysian Malaysia” yang diperjuangkan oleh DAP yang kini turut dikongsi oleh Pas dan Parti Keadilan Nasional (Keadilan). Disebabkan gagasan DAP mempunyai mirip kepada dasar “meritokrasi” yang dilaksanakan di republik itu, sudah tentulah ia dijadikan bahan perbandingan. Apa yang cuba disampaikan ialah sekiranya Malaysia jatuh ke tangan pembangkang, Pas dan Keadilan terpaksa mengikut telunjuk DAP yang kononnya memperjuangkan hak sama rata kepada rakyat. Penilaian terhadap kenyataan pemimpin Pas dan Keadilan, jelas menunjukkan bahawa mereka tidak menolak gagasan untuk menyamaratakan status rakyat. Bagi mereka, orang Melayu tidak perlu lagi diberi apa-apa keistimewaan, tanpa mengambil kira kesan jangka panjang yang akan berlaku. Disebabkan orang Melayu Singapura kini dikatakan terpinggir, maka keadaan yang sama juga mungkin berlaku kepada orang Melayu di Malaysia, kiranya kuasa berada di tangan pembangkang.

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi