Become an art dealer

PELANCONGAN

Utusan Malaysia 08 Jun 2001

Kadir kecewa hotel lengah tubuh kumpulan budaya

KUALA LUMPUR 7 Jun - Menteri Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan, Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir kecewa dengan sikap sesetengah pengusaha hotel bertaraf empat dan lima bintang yang terus melengah-lengahkan usaha menubuhkan kumpulan kebudayaan dalaman di hotel mereka.

Menurut beliau, penubuhan kumpulan kebudayaan itu penting kerana ia dapat dimanfaatkan untuk tujuan persembahan dan promosi kepada pelancong yang menginap di hotel berkenaan.

Menurutnya, pengusaha hotel perlu mencontohi sikap rakyat Malaysia termasuk rakyat asing di luar negara yang membantu kerajaan dalam mempromosi industri pelancongan negara dengan menyertai kumpulan kebudayaan yang ditubuhkan oleh kementerian.

``Saya cukup kecewa kerana mereka telah menyatakan persetujuan sebelum ini untuk menubuhkan kumpulan kebudayaan dalaman di hotel mereka. Namun sehingga kini hanya sebahagian kecil yang melaksanakannya,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pulang dari membuat lawatan kerja promosi pelancongan ke Korea Selatan di sini, hari ini.

Mengenai penubuhan kumpulan kebudayaan di luar negara, beliau berkata ia merupakan strategi terbaru kementerian mempromosi pelancongan di luar negara.

Katanya, sejak dimulakan tiga bulan lalu, kementerian telah menubuhkan sebanyak 18 kumpulan budaya di 11 buah negara menggunakan khidmat pelajar, rakyat Malaysia di luar negara dan rakyat asing.

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | khas | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi | umum