Become an art dealer

PELANCONGAN

Utusan Malaysia 30 Julai 2001

TIC akui jadi tarikan pelancong asing, tempatan

KOTA BHARU 29 Julai - Pusat Penerangan Pelancongan (TIC) Kelantan menyatakan bahawa patung Buddha seperti di Kampung Jambu, Tumpat adalah sebahagian daripada tarikan pelancongan di negeri itu.

Menurut seorang kakitangan di pejabat TIC, patung tersebut yang diberi jolokan sleeping Buddha turut dimasukkan ke dalam risalah pelancongan untuk edaran luar negara oleh Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia.

Beliau berkata, kebanyakan daripada pengunjung ke kawasan itu terdiri daripada rakyat tempatan sementara pelancong asing hanya mewakili kira-kira 15 peratus.

Beliau bagaimana pun tidak dapat memberikan angka yang tepat bilangan pelawat yang mengunjungi patung berkenaan yang dikatakan yang kedua terbesar di dunia.

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | khas | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi | umum