Make your own free website on Tripod.com
Become an art dealer

PELANCONGAN

Utusan Malaysia 05 Sept 2001

Strategi kekal kehadiran pelancong

KUALA TERENGGANU 4 Sept. - Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan sedang merangka strategi bagi mengekalkan jumlah kedatangan pelancong yang semakin meningkat akhir-akhir ini, kata menterinya, Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

``Oleh kerana itu kita sedang memikirkan untuk memperbaiki kemudahan dan meningkatkan lagi promosi produk pelancongan negara kepada para pengunjung,'' katanya kepada pemberita selepas pelancaran Karnival Kraf Terengganu 2001 di sini malam tadi.

Karnival selama dua minggu itu dilancarkan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin. Yang turut hadir ialah Permaisuri Nur Zahirah.

Abdul Kadir berkata antara strategi yang akan dilaksanakan ialah meningkatkan lagi promosi produk kraf tangan yang terdapat di negara ini ke luar negara.

Katanya rundingan akan diadakan dengan Lembaga Kemajuan Kraf Tangan Malaysia bagi mencari formula bagaimana produk berkenaan dapat dipasarkan secara bersungguh-sungguh di luar negara. Beliau berkata pihaknya juga sedang berusaha untuk memperluaskan lagi pasaran batik negara ke seluruh dunia .

``Kalau Thailand kaya dengan suteranya, kita mahu negara kita dikenali sebagai Malaysia Batik di seluruh dunia,'' katanya. - Bernama

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | khas | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi | umum