Click here to download freeware

PENDIDIKAN

Utusan Malaysia 25 Jun 2001

Penuntut buta dianugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan ITMS

BANGI 24 Jun _ Seorang pelajar cacat penglihatan, Muhammad Nabil Mahathir, 14, yang mampu menghafal 30 juzuk al-Quran, hari ini menerima Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan pada Konvokesyen Institut Tahfiz Malaysia-Sudan (ITMS).

Pelajar berusia 14 tahun itu berjaya menghafal keseluruhan ayat al-Quran dan menguasai bahasa Arab dengan baik sepanjang dua tahun pengajiannya di Ma'ahad Tahfiz Quran dan Bahasa Arab, Universiti Afrika, Khartoum, Sudan.

``Saya mahu membuktikan kepada masyarakat bahawa golongan tidak bernasib baik juga mampu membuat sesuatu yang lebih baik daripada mereka yang tidak cacat,'' katanya ketika ditemui selepas majlis konvokesyen di Maktab Perguruan Islam Bangi di sini.

Anugerah pelajar terbaik keseluruhan itu disampaikan oleh Pengerusi Tabung Haji, Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman.

Yang mengagumkan, Muhammad Nabil yang berasal dari Alor Setar, Kedah, juga berjaya mencipta sistem al-Quran Braille bagi kegunaan golongan cacat penglihatan.

Pelajar istimewa yang ingin menjadi tokoh agama itu akan meneruskan pelajarannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Malek, Alor Setar, Kedah.

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | khas | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi | umum