Make your own free website on Tripod.com
Click here to download freeware

PENDIDIKAN

Mingguan Malaysia 01 April 2001

UKM tidak tunduk kepada tekanan

BANGI 31 Mac - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tidak akan tunduk kepada tekanan mana-mana pihak yang membantah program penstrukturan semula Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan (FSSK).

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Anuwar Ali berkata, pihaknya akan mengekalkan keputusan Senat UKM yang meluluskan pelaksanaan program itu pada mesyuarat, 21 Mac lalu.

Berikutan itu katanya, sebarang penolakan dan bantahan terhadap keputusan itu tidak akan dilayan.

Beliau mengakui telah menerima Memorandum Menyelamat Pengajian Melayu Di UKM yang dihantar oleh Badan Penyelamat Pengajian Melayu (BPPM) pagi ini.

``Saya hanya menerima satu daripada beberapa muka surat yang difaks oleh BPPM.

``Jadi susah untuk saya komen kerana memorandum yang saya terima tidak lengkap.

``Bagaimanapun saya bersedia menemui pensyarah JPM yang terlibat dalam badan itu untuk berbincang,'' katanya pada sidang akhbar mengenai Jabatan Persuratan Melayu (JPM) di sini hari ini.

Sidang akhbar itu diadakan bagi menjelaskan isu penutupan JPM dan bantahan BPPM terhadapnya.

Pada sidang akhbar itu juga beliau melahirkan keraguan terhadap status penubuhan BPPM.

``Saya tidak tahu sama ada penubuhan badan itu sah atau tidak, didaftarkan atau tidak.

``Tetapi saya kesal kerana orang luar yang tidak ada kena mengena dengan pentadbiran akademik UKM campur tangan dalam masalah dalaman universiti ini,'' katanya.

Mengulas lanjut Anuwar berkata, dakwaan mengatakan JPM ditutup bukan sahaja tidak tepat, malah disalah tafsir oleh pihak tertentu.

Jelasnya, apa yang sebenarnya berlaku ialah proses penstrukturan semula fakulti-fakulti rumpun sains sosial yang melibatkan penyatuan FSSK, Fakulti Sains Pembangunan dan Fakulti Pengajian Bahasa.

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | khas | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi | umum