Make your own free website on Tripod.com
Click here to download freeware

PENDIDIKAN

Utusan Malaysia 20 april 2001

Pendaftaran terbuka kolej YPM

YAYASAN Pelajaran Mara (YPM) akan mengadakan pendaftaran terbuka di 16 lokasi di seluruh negara, bermula pada 10 Mei sehingga 18 Mei ini.

Tujuan Pendaftaran terbuka itu adalah untuk memberi peluang kedua kepada pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau lain-lain kelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia untuk mengikuti program-program pendidikan yang dikendalikan oleh kolej-kolej YPM di Kuala Lumpur, Bangi, Kuantan dan Kota Bharu.

Antara bidang pengajian yang ditawarkan ialah Kejuruteraan, Teknologi Maklumat, Perakaunan dan Pengajian Perniagaan.

Penajaan kewangan Mara juga disediakan untuk pelajar-pelajar Bumiputera yang berkelayakan, di samping pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan institusi-institusi kewangan yang lain.

Pelajar dan ibu bapa yang berminat dijemput hadir ke pusat-pusat pendaftaran terbuka yang disediakan dengan membawa bersanma-sama salinan sah sijil-sijil SPM, STPM serta lain-lain sijil yang berkenaan, kad pengenalan dan sijil kelahiran (pelajar dan ibu bapa).

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi talian 03-9819700 atau 03-9856033 sambungan 238/256/268.

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | khas | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi | umum