Click here to download freeware

PENDIDIKAN

Utusan Malaysia 08 Mei 2001

Program teknologi maklumat UKM dapat sambutan

SERAMAI 40 pelajar matang - termasuk seorang dari Brunei Darussalam - mendaftar mengikuti Program Sarjana Teknologi Maklumat Eksekutif Universiti Kebangsaan (UKM).

Program Pascasiswazah dalam bidang teknologi dan sains maklumat itu dibuka kepada individu yang telah berpengalaman bekerja dan bukan berlatarbelakangkan teknologi maklumat.

Kata Pengarah Pusat Kembangan Pendidikan UKM, Prof. Dr. Laily Din, program itu bermula pada 1997, dengan pengambilan pertama seramai 19 pelajar daripada kalangan para pegawai kerajaan dan eksekutif syarikat-syarikat swasta.

``Kesemuanya lulus dan telah mendapat ijazah,'' katanya pada majlis pendaftaran pelajar baru di Pusat Kembangan Pendidikan UKM baru-baru ini.

Program meliputi keperluan pengetahuan tertentu untuk memanfaatkan teknologi masa kini dalam bidang teknologi dan sains maklumat di sektor perindustrian, perniagaan dan pengurusan.

Tempoh pengajian adalah selama lima semester, yang setiap satunya berlangsung selama empat bulan - iaitu 14 minggu kuliah dan satu minggu peperiksaan.

Keseluruhan program mengambil masa satu setengah tahun hingga dua tahun.

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | khas | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi | umum