Click here to download freeware

PENDIDIKAN

Utusan Malaysia 10 Mei 2001

PM lancar sambutan Hari Guru

MELAKA 9 Mei - Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad dijadual melancarkan sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan di Dewan Seri Negeri, Air Keroh pada 16 Mei ini.

Sambutan itu adalah salah satu atur cara lawatan separuh hari Dr Mahathir ke negeri ini, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Wira Mohd Ali Rustam di sini, hari ini.

Beliau berkata Perdana Menteri dijangka tiba di Padang Pahlawan, Bandar Hilir di sini pada pukul 3 petang dengan menaiki helikopter selepas mengadakan mesyuarat Kabinet di Kuala Lumpur pada sebelah pagi.

"Dr. Mahathir yang juga Presiden UMNO dijadual mengadakan perjumpaan dengan kira-kira 600 pemimpin UMNO termasuk Pemuda dan Wanita UMNO Melaka di kediaman rasmi Ketua Menteri di Seri Bendahara, Peringgit pada pukul 3.45 petang," katanya.

Selepas itu, Dr. Mahathir kemudian mengadakan perjumpaan dengan lebih 700 guru-guru Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) seluruh negara di auditorium Masjid Al Azim, Bukit Palah. - Bernama

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | khas | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi | umum