Click here to download freeware

PENDIDIKAN

Utusan Malaysia 15 Mei 2001

Pelaksanaan subjek Sains Tahap Satu sudah lama dikaji - Rafie

KUALA LUMPUR 14 Mei - Keputusan Kementerian Pendidikan melaksanakan mata pelajaran Sains Tahap Satu mulai tahun 2002 bukanlah tindakan tergesa-gesa seperti didakwa oleh dua kesatuan guru.

Ketua Pengarahnya, Abdul Rafie Mahat berkata, kajian tentang keperluan mata pelajaran itu telah dibuat oleh Jawatankuasa Kurikulum Pusat, Jawatankuasa Perancangan Pendidikan dan dibawa pada mesyuarat jemaah menteri.

``Saranan agar Sains Tahap Satu diperkenalkan telah lama dibangkitkan dan pandangan pendidik telah diperoleh melalui persidangan, forum dan seminar sains kebangsaan supaya mata pelajaran ini diajar secara formal di peringkat yang lebih awal,'' katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar hari ini yang menyebut Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) dan Kesatuan Guru-guru Malaysia Barat (KGGMB) membantah keputusan kementerian memperkenalkan mata pelajaran Sains kepada murid tahun satu tahun depan.

Presiden KPPK, Tengku Habsah Tengku Petra berkata, Kementerian Pendidikan kemampuan murid tahun satu, terutama di luar bandar sebelum membuat keputusan itu.

Abdul Rafie berkata, kementerian membuat pertimbangan rapi yang mengambil kira keperluan murid dan sumber iaitu prasarana, tenaga pengajar dan kewangan.

``Kurikulum prasekolah menyatakan secara formal komponen sains perlu kepada murid di peringkat prasekolah. Ini menyebabkan ada lompang dalam pendidikan sains yang diberi kepada kanak-kanak di Malaysia. Antara umur tujuh sehingga sembilan tahun, kanak-kanak di Malaysia tidak diberi pendidikan sains secara formal,'' katanya.

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | khas | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi | umum