Click here to download freeware

PENDIDIKAN

Utusan Malaysia 26 Mei 2001

JPA diminta kesan mereka yang gagal jelaskan pinjaman pelajaran

KUALA LUMPUR 26 Mei - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah diminta memulakan usaha mengesan individu-individu yang gagal menjelaskan pinjaman pelajaran, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata hari ini.

Katanya, pembayaran balik pinjaman itu suatu tanggungjawab dan amanah yang tidak sepatutnya diabaikan.

"Mereka dulu terima pinjaman itu dan sudah berjanji akan membayar balik. Bila tiba masa untuk membayar balik, bayarlah balik," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Persatuan Perundingan Profesional Muda (PPPM), di sini hari ini.

"Kita telah meminta JPA untuk memulakannya," kata Abdullah, yang amat sedih dan kecewa dengan kegagalan mereka untuk membayar balik pinjaman pelajaran.

Abdullah berkata demikian apabila ditanya oleh pemberita mengenai kegagalan individu untuk membayar balik pinjaman pelajaran walaupun setelah bekerja sekian lama serta menerima gaji yang lumayan. - Bernama

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | khas | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi | umum