Rare CDs=Commission

POLITIK

Utusan Malaysia 08 Mei 2001

PM temui kepimpinan semua peringkat bahagian UMNO

KANGAR 7 Mei - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau akan membuat lawatan khusus ke bahagian-bahagian UMNO seluruh negara untuk berjumpa dengan kepimpinan bahagian selepas pemilihan baru-baru ini.

Katanya, di seluruh negara terdapat 165 bahagian UMNO dan beliau akan turun ke negeri-negeri untuk mengadakan pertemuan dengan empat bahagian UMNO bagi satu perjumpaan.

``Saya akan adakan perjumpaan supaya dapat terangkan keperluan parti kepada ahli-ahli jawatankuasa cawangan dan bahagian serta juga anggota-anggota parti,'' katanya.

Beliau juga akan datang ke Perlis sekali lagi dan mengadakan perjumpaan dengan tiga bahagian di negeri ini serentak.

Presiden UMNO menyatakan rancangannya itu pada majlis perjumpaan khas bersama Perdana Menteri di Dewan Residensi di sini hari ini.

Perjumpaan yang dirancangkan bertujuan untuk berbincang dengan anggota-anggota parti kerana kemungkinan terdapat masalah di peringkat akar umbi yang hendak diketengahkan.

``Kemungkinan juga ada anggota yang berkehendakkan dialog yang mana ada keperluan yang perlu dijelaskan atau mendapatkan jawapannya,'' katanya.

Beliau menjelaskan, UMNO kini mantap dan kuat bagaimanapun ia tidak sekuat dahulu, sebaliknya Pas tidak kuat tetapi telah beruntung daripada kelemahan UMNO.

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | khas | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi | umum