Rare CDs=Commission

POLITIK

Utusan Malaysia 14 Mei 2001

Wanita BN tubuh pasukan petugas selaras tuntutan ahli

KUALA LUMPUR 13 Mei - Pergerakan Wanita Barisan Nasional (BN) akan menubuhkan sebuah pasukan petugas khas bagi menyelaraskan segala tuntutan yang dikemukakan oleh ahli-ahli pergerakan tersebut.

Ketuanya, Datuk Seri Rafidah Aziz berkata, penubuhan pasukan petugas khas itu penting bagi membolehkan segala tuntutan yang mempunyai matlamat yang serupa dapat diselaraskan untuk diselesaikan secara bersama.

Katanya, langkah ini dijangka dapat meringankan beban dan menjimatkan kos yang ditanggung oleh kerajaan apabila terpaksa melakukan proses yang sama demi memenuhi tuntutan daripada setiap parti komponen BN.

``Kebiasaannya kerajaan menerima tuntutan yang sama daripada semua Pergerakan Wanita BN seperti permintaan meningkatkan kedudukan wanita dalam bidang ekonomi,'' katanya selepas merasmikan perhimpunan agung tahunan Pergerakan Wanita MIC di sini, hari ini.

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | khas | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi | umum