Rare CDs=Commission

POLITIK

Utusan Malaysia 18 Mei 2001

Abdullah diminta kotakan ikrar kekal bersama UMNO

MUAR 17 Mei - Datuk Abdullah Omar diminta mengotakan ikrar beliau untuk tidak meninggalkan UMNO sama ada menang atau kalah yang pernah dibuatnya dalam kempen pemilihan jawatan Ketua UMNO bahagian Muar bulan lalu.

Ketua UMNO cawangan Sungai Balang Laut, Abu Jusoh berkata, sebarang tindakan untuk meninggalkan parti kerana tidak puas hati terhadap keputusan Lembaga Disiplin UMNO yang membatalkan kemenangannya adalah tidak wajar.

``Banyak tokoh-tokoh UMNO lain yang dikenakan tindakan lebih berat termasuk dipenjara atau diketepikan sebelum ini tetap kekal sebagai ahli parti.

``Oleh itu, jika benar, Abdullah hendak meninggalkan parti kerana tidak puas hati terhadap hukuman menggantung kelayakan bertanding sehingga tahun 2007 adalah tidak wajar,'' ujarnya kepada pemberita di sini malam ini.

Sementara itu, Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri ketika ditemui di Tangkak petang ini enggan mengulas kenyataan Abdullah.

Timbalan Ketua UMNO bahagian Muar, Mohd. Ismail Mohd. Shah yang memangku jawatan ketua bahagian berkenaan juga turut tidak mahu mengulas perkara yang sama.

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | khas | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi | umum