Rare CDs=Commission

POLITIK

Utusan Malaysia 30 Mei 2001

Saya tidak akan letak jawatan - Daim

KUALA LUMPUR 29 Mei - Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin hari ini membayangkan beliau akan kembali bertugas seperti biasa selepas percutian dua bulannya bermula awal April menghampiri penghujung.

Beliau turut menafikan sebarang rancangan untuk meletak jawatan.

``Saya tidak mendengar apa-apa. Saya tidak kata akan meletak jawatan anda (pemberita) yang mendengar desas-desus itu,'' katanya.

Mengenai kenyataan-kenyataannya sebelum ini bahawa beliau akan meletak jawatan apabila selesai melaksanakan tanggungjawabnya berkata, ``kenyataan itu betul, saya akan meletak jawatan apabila tiba masanya.''

Beliau berkata demikian kepada para pemberita selepas berucap pada Persidangan Pelaburan Perbadanan Pembangunan Industri (IDC) Afrika Selatan di sini hari ini.

Daim turut berseloroh dengan meminta nasihat pemberita sama ada perlu meninggalkan pejabat atau meneruskan cutinya.

``Saya masih bercuti, saya minta nasihat anda sama ada patut meninggalkan pejabat atau meneruskan cuti,'' katanya.

Spekulasi Daim akan meletak jawatan mula timbul ekoran ramalan kemungkinan berlakunya rombakan kabinet pada Perhimpunan Agung UMNO bulan depan.

Walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad telah menerangkan sebelum ini bahawa Menteri Kewangan itu tidak akan meletakkan jawatan, media asing terus menyiarkan khabar-khabar angin mengenai peletakan jawatannya.

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | khas | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi | umum