Rare CDs=Commission

POLITIK

Utusan Malaysia 08 Jun 2001

Mahathir pangku jawatan Bendahari UMNO

KUALA LUMPUR 7 Jun - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Perdana Menteri kini memangku jawatan Bendahari UMNO yang kosong berikutan peletakan jawatan Tun Daim Zainuddin pada 1 Jun lalu.

Timbalan Presiden UMNO berkata, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad akan mengumumkan pengganti Daim apabila tiba masanya kelak.

Ditanya apakah dalam hierarki UMNO tidak ada jawatan penolong bendahari yang boleh memegang jawatan tersebut kata Abdullah, yang ada hanya jawatan bendahari.

``Tidak ada jawatan penolong bendahari atau pembantu bendahari, hanya ada bendahari,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Perdagangan Industri Malaysia (ITM) 2001 di sini, hari ini.

Daim, Sabtu lalu telah meletak jawatan sebagai Menteri Kewangan, Menteri Tugas-Tugas Khas dan Bendahari UMNO.

Mengenai pengganti Daim di Kementerian Kewangan kata Abdullah, Perdana Menteri akan mengumumkannya apabila beliau telah mendapat pengganti yang sesuai.

Dalam perkembangan lain, ditanya mengenai permintaan Filipina supaya Malaysia membantu membebaskan 20 tebusan Abu Sayyaf, Abdullah berkata kerajaan tidak akan campur tangan dalam isu tersebut.

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | khas | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi | umum