Make your own free website on Tripod.com
Rare CDs=Commission

POLITIK

Utusan Malaysia 15 april 2001

Kerajaan dituntut bebaskan 7 aktivis reformasi

KUALA LUMPUR 14 April - Presiden Parti Keadilan Nasional (Keadilan), Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail menuntut pembebasan tujuh aktivis reformasi di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan mengambil kira penyerahan memorandum hari ini berjalan dengan aman dan lancar.

Beliau mendakwa, ia membuktikan segala tuduhan yang menyebabkan tujuh aktivis itu ditahan tidak berasas sama sekali.

``Oleh itu kita menuntut semua tahanan itu dibebaskan segera tanpa syarat,'' katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada Selasa dan Rabu lalu, polis menahan tujuh aktivis reformasi di bawah Seksyen 73 (1) ISA kerana dipercayai terlibat dalam gerakan ala militan untuk menggulingkan kerajaan menjelang pilihan raya umum 2004.

Mereka yang ditahan ialah Mohamad Ezam Mohd. Noor, 34, Chua Tian Chang, 37, Hishamuddin Rais, 50, Saari Sungib, 43, N. Gobalakrisnan, 41, Raja Petra Raja Kamarudin, 49, dan Abdul Ghani Haroon, 36 tahun.

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi