Rare CDs=Commission

POLITIK

Utusan Malaysia 16 april 2001

Laporan Malaysia mengenai Anwar diterima baik oleh IPU

KUALA LUMPUR 16 April - Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Kesatuan Antara Parlimen (IPU) menerima baik laporan delegasi Malaysia mengenai isu-isu berkenaan hak asasi manusia Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Laporan setebal 15 muka surat itu telah dikemukakan oleh lima anggota delegasi Malaysia semasa persidangan dan mesyuarat berkaitan IPU ke-105 di Havana, Cuba, yang diadakan dari 1 hingga 7 April lalu.

Delegasi itu diketuai oleh Datuk Ahmad Husni Hanadzlah (BN-Tambun). Anggota yang menyertai delegasi itu ialah Datuk Ng Lip Yong (BN-Batu), Wan Junaidi Tuanku Jaafar (BN-Batang Lupar), P. Komala Devi (BN-Kapar) dan Senator Datuk Christina Tibok Vanhouten.

Bercakap kepada pemberita di lobi Bangunan Parlimen di sini hari ini, Ahmad Husni berkata, delegasinya berpuas hati kerana laporan itu diterima baik dan tidak perlu melalui siasatan tertutup.

Menurutnya, 17 negara lain yang mengemukakan laporan hak asasi manusia menerima kritikan keras daripada jawatankuasa itu dan terpaksa melalui siasatan tertutup.

"Ia satu petunjuk baik untuk Malaysia kerana anggota-anggota Parlimen dunia menerima bahawa kontroversi berkisar kepada isu Anwar bukan didorong oleh politik," jelasnya.

Ahmad Husni berkata, jawatankuasa itu juga meminta delegasi Malaysia mengemukakan satu laporan terkini mengenai bekas Timbalan Perdana Menteri itu pada persidangan IPU berikutnya di Burkina Faso pada September ini. - Bernama

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi