Make your own free website on Tripod.com
Rare CDs=Commission

POLITIK

Utusan Malaysia 16 april 2001

Penggunaan ISA terhadap individu cuba gugat keamanaan wajar

KUALA LUMPUR 15 April - Penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap individu yang menggugat keselamatan negara adalah satu tindakan wajar.

Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik berkata, tiada salahnya menggunakan ISA selagi ia tidak digunakan untuk kepentingan politik peribadi.

``Saya berpendapat ISA ketika ini perlu digunakan untuk perkara-perkara yang membahayakan keselamatan negara dan agenda politik yang tidak demokratik,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan dialog dengan ahli-ahli Gerakan Wilayah Persekutuan di Menara PGRM di sini hari ini.

Lim bagaimanapun tidak bersetuju jika penahanan terlalu lama dikenakan terhadap seseorang yang disyaki menggugat keselamatan negara.

``Tempoh yang singkat adalah memadai untuk polis dalam melakukan penyiasatannya,'' menurut beliau.

Menurut beliau, ISA hendaklah digunakan buat sementara waktu, iaitu semasa penyiasatan berlangsung dan mereka yang terlibat ini hendaklah dibebaskan atau disabitkan secara rasmi sebaik sahaja penyiasatan selesai.

Menurut Lim, ISA juga hendaklah digunakan dengan sebaik mungkin untuk mengekalkan keamanan yang selama ini dikecapi oleh rakyat Malaysia.

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi