Rare CDs=Commission

POLITIK

Utusan Malaysia 16 april 2001

Hadi akan terus ceramah amanatnya

KUALA LUMPUR 15 April - Timbalan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang berkata, beliau akan meneruskan ceramahnya mengenai Amanat Haji Hadi di semua negeri jika diundang berbuat demikian.

Menurutnya, beliau tetap menganggap isu amanat itu sengaja diada-adakan oleh UMNO untuk menyembunyikan kelemahan parti pemerintah itu dalam menyelesaikan masalah perpecahan di kalangan ahlinya serta `krisis ekonomi' negara.

Apatah lagi, katanya, ucapannya berkaitan amanat itu selama lebih sejam, 20 tahun lalu cuma dipetik beberapa baris sebelum dijadikan sebagai `amanat'.

``Saya bila-bila masa sahaja boleh dijemput (berceramah mengenai amanat tersebut) macam biasa,'' katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat di Markas Tarbiah Pas, Gombak di sini, hari ini.

Abdul Hadi mengulas cabaran Menteri Besar Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali semalam supaya beliau mengulangi ucapannya berkaitan Amanat Haji Hadi di negeri itu selepas ini supaya tindakan tegas boleh diambil.

Menurut Abdul Hadi, beliau tidak menganggap cabaran Menteri Besar Perak itu sebagai `satu cabaran'.

``Saya bila-bila masa boleh dijemput berucap mengenainya (Amanat Haji Hadi). Ini saya baru balik dari Thailand dan tidak menghadapi masalah berucap di sana,'' katanya.

Mengenai surat yang dilaporkan telah dihantar oleh Majlis Fatwa Kebangsaan bagi mendapatkan persetujuannya menghadiri muzakarah Amanat Haji Hadi, beliau berkata:

``Saya baru balik dari luar negara dan belum sempat lagi membacanya''.

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi