Rare CDs=Commission

POLITIK

Utusan Malaysia 20 april 2001

`Saya tidak campuri urusan MCA'

KUALA LUMPUR 19 April - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata, beliau tidak akan mencampuri urusan dalaman MCA yang dikatakan sedang menghadapi masalah kepemimpinan.

Timbalan Perdana Menteri yang ditanya mengenai pertemuan beliau dengan Timbalan Presiden MCA, Datuk Lim Ah Lek di bangunan Parlimen petang ini memberitahu, ia hanya pertemuan peribadi.

``Ia hanya kunjungan hormat. Beliau sudah lama menunggu untuk berjumpa dengan saya tetapi saya tidak mempunyai kelapangan.

``Kami bercakap mengenai perkara peribadi. Beliau bertanya khabar mengenai isteri saya dan anak-anak dan sebagainya,'' katanya di lobi Parlimen, lewat petang ini.

Menurut Abdullah, mereka berdua tidak pernah bertemu sejak beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 8 Januari, 1999.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berjumpa dengan Lim di pejabatnya di sini tengah hari ini sebelum menghadiri satu perbincangan lain yang berakhir pukul 4 petang.

Sementara itu, Lim yang dihampiri pemberita sebelum meninggalkan bangunan Parlimen selepas pertemuan kira-kira setengah jam itu enggan mengulas mengenainya.

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | khas | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi | umum