Rare CDs=Commission

POLITIK

Utusan Malaysia 22 april 2001

Lebih ramai saksi dipanggil siasat dakwaan Fauzi

KUALA LUMPUR 21 April - Jawatankuasa khas yang ditubuhkan di bawah Lembaga Disiplin UMNO akan memanggil lebih ramai saksi bagi menyiasat dakwaan Ketua UMNO Bahagian Kuantan, Datuk Fauzi Abdul Rahman berhubung amalan politik wang di bahagian tersebut.

Ahli jawatankuasa khas itu, Datuk Nakhaie Ahmad berkata, setakat ini jawatankuasa khas telah memanggil kira-kira 10 orang saksi berhubung dakwaan Fauzi itu.

``Namun kita masih belum puas hati dengan penerangan yang diberikan dan akan memanggil saksi-saksi lain tidak lama lagi,'' katanya kepada pemberita ketika ditemui pada sesi rehat mesyuarat Tribunal Lembaga Disiplin UMNO di ibu pejabat parti itu di sini hari ini.

Jawatankuasa khas itu dipengerusikan oleh Tan Sri Zaki Tun Azmi dan seorang lagi ahlinya ialah Tan Sri Ahmad Razali Mohd. Ali.

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | khas | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi | umum