Rare CDs=Commission

POLITIK

Utusan Malaysia 24 april 2001

Polis tahan seorang lagi di bawah ISA

KUALA LUMPUR 24 April - Polis menahan Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional Johor Lokman Noor Adam mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada awal pagi ini.

Menurut kenyataan ibu pejabat polis Bukit Aman di sini, beliau ditahan menurut Seksyen 73(1) akta berkenaan pada pukul 12.05 pagi di Seksyen 9, Shah Alam.

Polis sebelum ini menahan lapan aktivis reformasi mengikut ISA sejak 10 April lalu kerana disyaki merancang untuk mencetuskan demonstrasi jalanan besar-besaran yang bercorak militan.

Mereka ialah Ketua Pemuda Keadilan, Mohamad Ezam Mohd Noor; Naib Presiden Keadilan, Chua Tian Chang (Tian Chua); Hishamuddin Rais; Shaari Sungib; N. Gobala Krishnan; Raja Petra Raja Kamarudin; Abdul Ghani Haroon; dan Dr Badrul Amin Baharom.

Ahad lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Norian Mai dilaporkan sebagai berkata di Kulim, polis telah mengenal pasti beberapa lagi individu yang mungkin ditahan mengikut ISA. - Bernama

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | khas | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi | umum