Rare CDs=Commission

POLITIK

Utusan Malaysia 25 april 2001

Lokman aktivis reformasi ke-9 ditahan bawah ISA

KUALA LUMPUR 24 April - Polis menahan seorang lagi aktivis reformasi, Lokman Noor Adam, 28, menjadikan sembilan orang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) setakat ini.

Lokman ditahan di Seksyen 9, Shah Alam, Selangor pada pukul 12.05 pagi ini.

``Lokman ditahan di bawah Seksyen 73 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960,'' kata jurucakap Polis Bukit Aman dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini polis menahan Naib Presiden Keadilan, Tian Chua; Ketua Pemudanya, Mohamad Ezam Mohd. Nor; Setiausaha Pemuda, N. Gobalakrishnan dan pemimpin Pemuda Keadilan, Dr. Badrul Amin Baharom.

Turut ditahan ialah pengerusi jawatankuasa penganjur `Black 14' Saari Sungib; aktivis reformasi Hishamuddin Rais dan Abdul Ghani Haroon serta penulis, Raja Petra Raja Kamaruddin.

Sementara itu Parti Keadilan Nasional (Keadilan) membantah sekeras-kerasnya penangkapan terbaru tersebut.

Setiausaha Agungnya, Mohd. Anuar Tahir dalam kenyataannya ekoran penahanan itu mendesak supaya kesemua tahanan ISA dibebaskan tanpa syarat.

Sementara itu polis turut menahan seorang lelaki yang dipercayai penyokong kuat parti Keadilan kerana cuba menghalang polis daripada menahan Lokman.

Lelaki berusia 30-an itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Johar Che Din mengesahkan penahanan lelaki itu untuk siasatan, tetapi bukannya ditahan di bawah ISA.

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | khas | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi | umum