Rare CDs=Commission

POLITIK

Utusan Malaysia 25 april 2001

Walaupun `lapuk' Hadi perlu minta maaf

SEREMBAN 24 April - Menteri Besar Terengganu, Abdul Hadi Awang tidak terlepas daripada tanggungjawabnya malah perlu meminta maaf secara terbuka akan kesan negatif yang timbul daripada `Amanat Haji Hadi' walaupun dianggap sudah lapuk.

Menteri Besar, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, ini kerana kesan negatif daripada amanat itu telah berpanjangan dalam masyarakat Islam dan masih berlaku di Kelantan dan Terengganu.

``Hadi mesti mengaku kesilapannya kerana ada umat Islam yang keliru dengan amanat itu kerana taksub dengan Pas,'' katanya di sini hari ini.

Jelasnya, beliau juga hairan bagaimana Pas tergamak menggunakan agama untuk kepentingan politiknya walaupun Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengakui Abdul Hadi pada masa itu baru mengenali politik.

Mengenai arahan Majlis Fatwa Kebangsaan agar semua pihak berkuasa agama negeri mewartakan Amanat Haji Hadi bercanggah dengan Islam, beliau berkata perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Agama Islam Negeri Sembilan pada Jumaat ini.

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | khas | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi | umum