Rare CDs=Commission

POLITIK

Utusan Malaysia 25 april 2001

Isu ``amanat'' tak timbul - Fadzil

KUALA LUMPUR 24 April - Presiden Pas, Datuk Fadzil Mohd. Noor hari ini berkata soal menarik balik ``Amanat Haji Hadi'' tidak timbul, kerana amanat itu bukannya dikeluarkan oleh Hadi Awang.

``Itu bukan Amanat Haji Hadi, itu petikan daripada ucapan dia (Hadi), dia (Hadi) sendiri tidak menamakannya amanat, orang lain yang guna petikan ucapan itu sebagai amanat,'' katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Semalam, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata penyokong-penyokong Pas tidak lagi mempedulikan Amanat Haji Hadi yang kini Menteri Besar Terengganu, sebaliknya menyifatkannya sebagai lapuk.

Fadzil ketika diminta mengulas perkara itu berkata, ``amanat'' berkenaan sudah terlalu lama dikeluarkan dan soal menarik balik tidak perlu lagi timbul kerana perkara berkenaan hanyalah ucapan Hadi.

``Jika terdapat sesuatu yang diragui, mereka boleh panggil ustaz untuk memberi penjelasan, maka tidak sepatut membuat tuduhan-tuduhan dalam akhbar, tuduhan-tuduhan di luar, tetapi tidak bersedia, tidak mampu, tidak sanggup berdepan dengan dia,'' katanya. - Bernama

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | khas | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi | umum