Rare CDs=Commission

POLITIK

Utusan Malaysia 25 april 2001

Kempen guna nama TPM didedah

KANGAR 24 April - Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim mendedahkan terdapat calon yang bertanding pada pemilihan UMNO peringkat bahagian di negeri ini baru-baru ini menggunakan nama Timbalan Perdana Menteri semasa berkempen.

Menurutnya, pada kempen tersebut calon terbabit mendakwa keputusannya bertanding merebut jawatan di bahagian tersebut mendapat sokongan daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

``Calon berkenaan didapati masih menggunakan nama Pak Lah (Abdullah) walaupun pemimpin itu telah membuat kenyataan tidak memihak kepada mana-mana calon yang bertanding,'' katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pada masa yang sama, beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis berkata, calon berkenaan juga dilaporkan menggunakan wang untuk mendapat undi bagi memenangi jawatan yang ditandingi pada pemilihan tersebut.

Jelasnya, kempen yang dijalankan oleh calon terbabit sebenarnya bertentangan dengan peraturan yang ditetapkan oleh parti.

Menurutnya, beliau akan membuat laporan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti mengenai kesalahan yang dilakukan oleh calon terbabit untuk tindakan susulan.

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | khas | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi | umum