Rare CDs=Commission

POLITIK

Utusan Malaysia 30 april 2001

Nik Aziz digesa perbetul sikap negatif ahli Pas

BATU PAHAT 29 April - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai pemimpin kanan parti itu mempunyai tanggungjawab memperbetulkan sikap negatif ahli-ahlinya yang mengamalkan perbuatan memulau ahli-ahli UMNO.

Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, selama ini ahli-ahli Pas menganggap UMNO sebagai musuh yang bukan sahaja perlu ditentang tetapi dipulau dalam pelbagai urusan hidup.

``Kita harap kenyataan itu bukan sebagai menanam tebu di bibir tetapi disusuli tindakan atau gerakan untuk membetulkanya,'' katanya selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Batu Pahat di sini, hari ini.

Jelas beliau, Nik Aziz perlu `turun padang' untuk menasihatkan semua ahli parti itu menghentikan amalan memulau ahli-ahli UMNO.

Beliau mengulas kenyataan Nik Aziz kelmarin yang meminta ahli-ahli Pas menghentikan perbuatan memulau ahli UMNO kerana perbuatan itu akan merugikan parti itu sendiri.

Muhyiddin berkata, kenyataan Menteri Besar Kelantan itu dijangka tidak akan mudah diterima oleh ahli-ahli Pas terutama para pemimpin lain dalam parti itu.

Sebaliknya, menurut beliau, para pemimpin dan ahli Pas mungkin akan bertindak lebih agresif untuk mengelakkan pengaruhnya merosot.

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | khas | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi | umum