Rare CDs=Commission

POLITIK

Utusan Malaysia 04 Mei 2001

Tiada kenyataan berniat jahat terhadap Anwar

KUALA LUMPUR 3 Mei - Anggota jemaah menteri tidak pernah membuat kenyataan yang berniat jahat berhubung keadaan kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Anwar telah diberi layanan yang jauh lebih selesa dan baik berbanding banduan-banduan lain termasuk dibenarkan tinggal lama di hospital dengan rawatan yang baik.

``Semua pakar yang memberi rawatan kepada beliau (Anwar) tidak dihalang sama sekali,'' katanya ketika menggulung perbahasan usul Rancangan Malaysia Kelapan di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Presiden Pas, Datuk Fadzil Noor mendakwa Persatuan Perubatan Islam telah menghantar satu surat kepada Perdana Menteri dan meminta supaya menteri-menteri berhenti mengeluarkan kenyataan yang berniat jahat terhadap Anwar.

Menurut Abdullah, Anwar telah diberi peluang untuk memilih kaedah rawatan bagi merawat penyakit tulang belakang dihidapinya sejak tahun 1999.

Katanya, bekas Timbalan Perdana Menteri itu turut dibenarkan mendapat rawatan oleh pakar Jerman Dr. Thomas Hoogland bagaimanapun pembedahan tersebut hendaklah dilakukan di dalam negara.

Beliau juga tidak tahu menahu mengenai surat yang dihantar oleh persatuan perubatan itu kepada Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | khas | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi | umum