Make your own free website on Tripod.com
Click here to download freeware

RENCANA

Utusan Malaysia 06 Jun 2001

Arroyo berucap secara `maya' di kongres ekonomi

KUALA LUMPUR 5 Jun - Presiden Filipina, Gloria Macapagal Arroyo akan menyampaikan ucapannya pada Kongres Pembangunan Ekonomi Dunia ke-10 yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dari 27 hingga 29 Jun ini.

Bagaimanapun, tidak seperti lebih 50 pemimpin kerajaan dan swasta yang akan menghadiri kongres itu, Arroyo akan hadir dan berucap secara `maya'.

Beliau akan berucap di Manila dan dipancarkan secara langsung kepada peserta kongres itu di PWTC menerusi satelit.

Selain Arroyo, pemimpin lain yang akan berucap termasuk Ketua Pengarah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Dr. Supachai Panitchpadki, Menteri Ekonomi, Kewangan dan Industri Indonesia, Dr. Rizal Ramli dan bekas Perdana Menteri Britain, John Major.

Pengarah kongres, Jamal Nasir dalam satu kenyataannya menggesa rakyat Malaysia mengambil peluang kehadiran ramai tokoh besar dunia terutama dalam dunia korporat, dengan menyertai kongres itu.

Katanya, inilah masa terbaik untuk ahli-ahli korporat berjumpa dengan mereka dan menyatakan sendiri apa yang boleh ditawarkan.

Katanya, kongres itu merupakan kali pertama diadakan di rantau Asia Tenggara yang dijadual akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.

Menurut beliau, untuk keterangan lanjut boleh menghubungi talian 03-61578205.

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | khas | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi | umum