Click here to download freeware

RENCANA

Utusan Malaysia 08 Jun 2001

Kadar penjimatan tenaga tinggi melalui projek khas

SUBANG JAYA 7 Jun - Malaysia boleh mencapai penjimatan satu pertiga daripada penggunaan tenaga tahunannya melalui usaha yang telah dilaksanakan dengan jayanya, seperti Projek Peningkatan Kecekapan Tenaga Industri Malaysia (MIEEIP).

``Objektif keseluruhan MIEEIP yang sedang dilaksanakan selama empat tahun dan menelan kos sebanyak hampir RM80 juta adalah untuk mempertingkatkan kecekapan tenaga dalam lapan bidang industri penting sebanyak kira-kira 10 peratus menjelang tahun 2004,'' jelas Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia Datuk Amar Leo Moggie hari ini.

``Malah, audit tenaga (pemeriksaan perakaunan yang dijalankan secara profesional) yang telah dijalankan dalam sektor industri menunjukkan potensi penjimatan tenaga sebanyak 26 hingga 42 peratus.

``Ini merupakan hasil kajian konsisten banyak audit tenaga yang dijalankan oleh Bank Pembangunan Asia (ADB), Agensi Kerjasama Perindustrian Jepun (JICA), Pertubuhan Perdagangan Luar Negara Jepun (JETRO) dan Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik Malaysia (MESITA).''

Menteri itu (yang diwakili oleh ketua setiausaha kementeriannya) berkata demikian sempena pembukaan bersama bengkel `tanda aras' dan bengkel pembangunan komprehensif syarikat perkhidmatan tenaga (ESCO) di Subang jaya.

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | khas | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi | umum