Click here to download freeware

RENCANA

Utusan Malaysia 09 Jun 2001

Malaysia mungkin import elektrik Indonesia

MEDAN, Sumatera 8 Jun - Malaysia mungkin akan mengimport elektrik dari Indonesia pada masa depan sekiranya cadangan Projek Loji Kuasa Arangbatu Cerenti Minemouth, di Riau, Sumatera, dilaksanakan.

Menurut laporan status kumpulan kerja mengenai tenaga yang disediakan oleh delegasi Indonesia di mesyuarat pegawai kawan Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT), projek itu dijangka akan menelan belanja AS$2.215 bilion (RM8.417 bilion), termasuk penghantaran elektrik ke Johor.

Menurut laporan itu, Tenaga Nasional Bhd. adalah antara pihak yang telah menyatakan hasrat untuk terlibat dalam usaha bersama projek itu.

Syarikat lain adalah PT. Batubara Bukit Assam dan PT. PLN yang merupakan syarikat milik kerajaan Indonesia. PT. Batubara Bukit Assam memiliki konsesi penerokaan lombong arang batu.

Kawasan penerokaan lombong arang batu meliputi kawasan seluas 328,000 hektar dengan rizab boleh dilombong kira-kira 599 juta tan.

Kapasiti pengeluaran lombong itu dijangka sebanyak 20 juta ton setahun.

Laporan itu menyatakan Malaysia dan Indonesia telah bersetuju untuk mengadakan pasukan petugas bagi menjalankan analisis dan kajian lengkap.

Cadangan loji kuasa itu adalah hasil memorandum persefahaman mengenai kerjasama tenaga yang dimeterai kedua-dua negara pada 10 Julai 1997. - Bernama

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | khas | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi | umum