SAINS & TEKNOLOGI

Utusan Malaysia 20 Mei 2001

Daun ketum penguat tenaga batin


SEORANG wanita memegang daun ketum atau daun biak yang mempunyai banyak khasiat dalam perubatan tradisional di Wang Kelian, dekat Padang Besar semalam. - Gambar NIDZUWAN ZAINAL ABIDIN.

JIKA polis mengesyorkan kerajaan mengharamkan pokok ketum kerana mempunyai kesan yang sama seperti dadah, Jabatan Perhutanan Perlis pula berpendapat pokok itu mempunyai banyak khasiat perubatan termasuk mengubati lemah tenaga batin.

Pengarah Jabatan Perhutanan Perlis, Kassim Osman berkata, pokok ketum berpotensi menjadi ubat-ubatan melalui proses tertentu setelah diadunkan dengan beberapa jenis pokok ubat-ubatan dan herba lain.

Setelah melalui proses itu, menurut beliau, ia boleh menyembuhkan penyakit seperti darah tinggi, lelah dan lemah tenaga batin.

``Ini kerana terdapat sebilangan masyarakat di negara ini mengamalkan penggunaan pokok ketum bagi menambah kecergasan serta meningkatkan kesihatan,'' katanya di Wang Kelian dekat Padang Besar semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas cadangan polis Terengganu kepada kerajaan agar mewartakan pokok ketum sebagai sejenis dadah berbahaya kerana kesannya yang sama dengan dadah lain.

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | khas | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi | umum