SAINS & TEKNOLOGI

Utusan Malaysia 28 Jun 2001

Penjara pusat latihan godam komputer?

KOMPUTER sememangnya satu ciptaan manusia yang mengagumkan kerana mampu membawa perubahan kepada kehidupan, pekerjaan dan hiburan masyarakat di seluruh dunia.

Bagaimanapun, selain daripada membawa kebaikan kepada pengguna, mesin ciptaan manusia itu tidak terlepas daripada disalahgunakan untuk melakukan aktiviti yang bertujuan mencetuskan masalah.

Sehubungan itu, kemunculan aktiviti pencerobohan komputer, iaitu `memasuki' komputer-komputer secara tidak sah menerusi Internet semakin meningkat sama ada bertujuan mencuri maklumat atau sebagai aktiviti suka-suka oleh ramai pengguna komputer di dunia.

Dari sini, timbul persoalan dari mana mereka ini mempelajari bagaimana untuk menceroboh komputer orang lain.

Menurut seorang pakar teknologi keselamatan komputer, Dan Crysty dari KnoowledgeSentry, terdapat lebih 30,000 laman-laman Web mengenai maklumat pencerobohan komputer terdapat di Internet.

Malah jika anda mencari maklumat pencerobohan komputer di enjin carian terkenal, anda boleh mendapat 593,721 pautan laman Web apabila anda menaip perkataan hacking di laman enjin carian www.lycos.com.

Bagi laman Web www.alta vista.com pula, ia akan memberikan 467,933 pautan apabila menaip perkataan hacking dan enjin carian www.yahoo.com pula akan memberikan 120 laman Web mengenai pencerobohan yang terkenal.

Di Amerika Syarikat misalnya, 400,000 banduan yang menjalani hukuman di penjara juga merupakan pelajar sains komputer. Ia boleh diambil melalui pendidikan jarak jauh.

Pada masa yang sama, kes-kes pencerobohan dan penggodaman laman Web kerajaan dan swasta di Malaysia semakin meningkat pada tahun ini berbanding sebelum ini.

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | khas | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi | umum