UMUM

Utusan Malaysia 18 Mei 2001

SPR kekalkan pengundian pos

KUCHING 17 Mei - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetap akan melaksanakan sistem pengundian pos pada setiap kali musim pilihan raya termasuk di Sarawak tidak lama lagi biarpun badan itu pernah didesak oleh parti pembangkang khususnya DAP agar sistem itu dihapuskan.

Setiausaha SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, ini kerana pada hakikatnya undi pos merupakan satu fenomena yang mesti wujud di negara ini bagi memastikan proses pengundian ketika pilihan raya berjalan lancar.

Wan Ahmad menyatakan perkara itu kepada pemberita sewaktu melawat pusat pendaftaran pemilih bagi pilihan raya negeri Sarawak yang dibuka bermula 2 hingga 31 Mei ini di Kompleks Electra House di sini hari ini.

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | khas | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi | umum