UMUM

Utusan Malaysia 24 april 2001

Akta Tanah 1960 akan dipinda - Kasitah

KUALA LUMPUR 23 April - Kerajaan akan meminda Akta Tanah (Kumpulan Penempatan Berkelompok) 1960 bagi membolehkan nama isteri peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) turut dimasukkan dalam surat hak milik tanah rancangan itu.

Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Tan Sri Kasitah Gaddam berkata, pindaan akta itu perlu bagi menjamin tanah rancangan yang mereka usahakan itu menjadi milik bersama sekaligus mengelakkan isteri peneroka teraniaya.

Beliau berkata, kertas cadangan mengenai pindaan akta itu akan disiapkan dalam tempoh sebulan sebelum dibawa ke kabinet dan dibentangkan ke Parlimen.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menerima memorandum dari Biro Undang-Undang dan Syariah Pergerakan Wanita UMNO yang diketuai oleh Kamilia Ibrahim di pejabatnya di sini hari ini.

Ringkasan memorandum turut menyentuh isu berkaitan undang-undang Felda membabitkan hak milik tanah, wang pembayaran harga jualan tanah Felda, pendapatan bulanan peneroka, pengurusan tanah rancangan, masa depan Felda dan masalah sosial di tanah rancangan.

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | khas | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi | umum