Toolshack.com - "Where Webmasters Find Their Tools"
Web tools and webmaster resources, including: traffic statistics, site monitoring, banner exchange, search engine submission, a generous affiliate program, more...

EKONOMI

Utusan Malaysia 06 Mei 2001

Kerajaan tidak naikkan tarik elektrik hingga akhir tahun

KUALA LUMPUR 5 Mei - Kerajaan mengambil keputusan untuk tidak menaikkan tarif elektrik sehingga hujung tahun ini walaupun menerima permintaan dari Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk menaikkan tarif tersebut.

Timbalan Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Tan Chai Ho berkata, keputusan tersebut dibuat oleh kabinet dalam mesyuaratnya baru-baru ini kerana menganggap sebarang kenaikan akan membebankan pengguna domestik dan sektor industri.

Menurut beliau, keputusan kerajaan mengekalkan tarif sedia ada itu juga sejajar dengan harga minyak petrol di pasaran dunia yang mulai stabil pada awal tahun ini.

``Setelah meneliti cadangan menaikkan tarif elektrik oleh TNB dengan terperinci, kerajaan dapati kenaikan harga elektrik akan membebankan pengguna domestik dan industri komersial,'' jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Dagangan Foto 2001 anjuran majalah Photo Creator di ruang legar Kompleks KL Plaza di sini, hari ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengurus Urusan Photo Creator Publication, Kim Teoh.

Bagaimanapun, Tan memberitahu, kerajaan tidak boleh selama-lamanya mengekalkan tarif lama kerana ia bergantung kepada perubahan yang berlaku pada harga bahan api yang boleh meningkatkan kos TNB.

``Jika berlaku perubahan pada harga petrol, sebarang kenaikan akan dikaji secara mendalam untuk mengelakkan bebanan terhadap rakyat ,'' ujarnya.

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | khas | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi | umum