UNIVERSITI Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur dengan kerjasama Telekom Malaysia sedang berusaha meningkatkan kemudahan telefon dengan menaik taraf sistem telekomunikasi sedia ada yang menggunakan sistem Rangkaian Suis Awam Telekom (PTSN) kepada Rangkaian Perkhidmatan Digital bersepadu (ISDN).
Sistem baru yang berasaskan perhubungan talian digital ini diharap dapat memperbaiki lagi kualiti suara dan kelajuan perhubungan di antara UTM dengan pengguna luar.
Usaha menaik taraf sistem ini melibatkan penukaran sistem nombor utama dengan mengekalkan nombor sambungan sedia ada.
Nombor Utama UTMKL (lama)
03-2692903
Nombor Utama UTMKL (baru)
03-26154100
Nombor DID UTMKL (lama)
03-2690XXXX
Nombor DID UTMKL (baru)
03-2615XXXX
Ketua Bahagian Pejabat Harta Bina UTM, Kampus Jalan Semarak di Kuala Lumpur, Megat Saidi Nik Ngah menjelaskan, penguatkuasaan penggunaan nombor baru ini tidak mendatangkan masalah kepada pengguna terutamanya institut-institut dan jabatan-jabatan di UTM sendiri.
Menurut Megat lagi, pihak Telekom Malaysia Berhad (TMB) akan menyediakan sistem yang dapat memaklumkan secara automatik nombor baru apabila pengguna mendail nombor lama UTM.
Pemberitahuan secara automatik ini akan berterusan dalam jangka masa satu bulan, kata Megat Saidi.
muka depan |
agama |
ekonomi |
fatwa |
jenayah & kemalangan |
kolumnis |
khas |
pelancongan
pendidikan |
pendatang asing |
politik |
rencana |
sains dan teknologi |
umum